Monday, September 24, 2012

Afdlin Shauki Sarankan Mufti Tonton Dulu Filem “Untuk Tiga Hari”

 http://i.imgur.com/Qfo9E.jpg
Pengarah filem Untuk Tiga Hari, Afdlin Shauki menyarankan semua pihak termasuk Mufti Perak agar pergi menonton keseluruhan filem berkenaan, sebelum menilai atau menghukum lakonan aktres, Vanidah Imran dengan suaminya yang juga aktor, Rashidi Ishak.
Malah, Afdlin Shauki berkata dia yakin filem yang diadaptasikan daripada novel Ahadiat Aqasha itu tidak langsung melanggar hukum syariat Islam kerana dia terlebih dahulu sudah merujuk kepada pihak yang lebih pakar di dalam bab-bab serta hukum agama.
“Saya tidak tahu hendak komen apa lagi dengan apa yang terjadi dan saya ingin sarankan sebelum semua pihak menilai dan menghukum filem ini, lebih baik mereka pergi menontonnya sendiri.
“Sebelum kami melakukan penggambaran ini lagi saya telah merujuk pihak ulama iaitu yang lebih pakar dalam bidang agama kerana bagi saya kahwin cerai bukan boleh dibuat main-main.
“Malah saya sangat berhati-hati ketika membuat penggambaran babak pelakon dinikahkan supaya ianya tidak sah dilakukan mengikut hukum agama,” katanya ketika ditemui oleh murai.com.my.
Afdlin diminta mengulas mengenai nasihat Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria seperti dilaporkan sebuah akhbar hari ini yang menggesa supaya Vanidah dan Rashidi memaklumkan kepada Jabatan Agama Islam berikutan lafaz cerai yang diungkapkan dalam filem tersebut.
Menurut Afdlin lagi, dia tidak terkejut atau gusar dengan isu yang berbangkit, malah bersyukur kerana ramai pihak membincangakan mengenai filem terbarunya yang baru sahaja ditayangkan sejak 20 September lalu.
“Saya tidak risau apa-apa, malah saya rasa bersyukur kerana ramai pihak memperkatakan mengenai filem saya. Maknanya mereka prihatin kepada filem saya.
“Saya ambil yang positif kerana bagi saya bila isu ini dibangkitkan, ramai pihak dapat ilmu pengetahuan yang lebih jelas mengenai hukum kahwin cerai.
“Lagipun, filem ini memberi pengajaran yang sangat bagus kepada semua bahawa jodoh itu tidak boleh dipermain-mainkan,” jelasnya lagi.
Selain Vandiah dan Rashidi, filem komedi romantic ini turut dibintangi oleh Ayu Raudah, Ainul Aishah, Zizan Razak dan ramai lagi serta Afdlin sendiri.



sumber
                                                                DOWNLOAD VIDEO

No comments:

Post a Comment