Monday, September 24, 2012

Pertandingan Ratu Cantik Penjara Columbia

http://i.imgur.com/zewGk.jpg
Negara Amerika Latin terkenal dengan obsesi mereka terhadap pertandingan ratu cantik.
Setiap tahun apabila pertandingan ratu cantik disiarkan di kaca TV, jumlah penonton paling tinggi boleh di lihat di negara-negara seperti Brazil, Vanezuela dan Colombia.
Obsesi terhadap pertandingan ratu cantik nampaknya tidak terhad kepada wanita.
Seperti yang pernah kami paparkan dulu di Nicaragua terdapat pertandingan ratu cantik trangender turut diadakan.
Di Columbia kami tak pasti sama ada ratu trangender wujud. Apa yang kami tahu wujud ialah ratu penjara Colombia.
Pertandingan ratu penjara ini diadakan di Penjara El Buen Pastor yang terletak di Bogota. Ianya dianjurkan sempena hari Virgin of Mercedes, santo pembela (patron saint) untuk penjara.
Sebanyak sembilan orang banduan menyertai pertandingan ratu cantik tahun ini.
Mereka terdiri dari wanita yang menjalani hukuman penjara atas kesalahan menjadi keldai dadah, pencuri dan pembunuh.
Tahun ini pertandingan dimenangi oleh Emma Urdinola. Kami tak tahu apakah yang dimenangi oleh beliau
http://i.imgur.com/OiUs1.jpg
http://i.imgur.com/Yoc8x.jpg
http://i.imgur.com/YPAJ8.jpg



sumber
                                                                DOWNLOAD VIDEO

No comments:

Post a Comment